MITOS GRADUAN MEWAH DAN #SAYAZAHRA
Kagum melihat keberanian anak muda ini meluahkan
sakit dan perit yang terbuku dihati di hadapan YAB Timbalan Perdana Menteri dek
kerana masalah yang dihadapinya. Masalah yang yang telah lama membelenggu
dirinya dan ribuan graduan lain di negara ini. Semoga menteri tersebut dapat
mendengar dengan telinga dan hati luahan anak muda yang bernama Zahra ini,
mewakili para graduan lain dan bakan-bakal graduan lain.
Dari sudut pandangan yang lain, Zahra mungkin lebih
bernasib baik kerana mempunyai kerjaya meskipun bukan kerjaya impiannya. Tapi
siapa yang tak mahukan kerjaya yang setaraf dengan kelayakan dann sijil yang
digenggem. Mungkin ada yang mengatakan zaman kini tidak boleh terlalu memilih
pekerjaan dek kerana persaingan pasaran kerja yang maha sengit lantas terima
sahaja apa jua pekerjaan yang diterima. Persoalannya adakah dengan kerjaya
diterima itu mampu menjamin ‘servival’ diri, lebih-lebih lagi bagi masyarakat Bandar.
Kenaikan kos sara hidup yang kian menggila menjadikan para graduan lepasan IPT
ini begitu kerdil disebabkan tidak mempunyai jaminan kuasa ekonomi meskipun
untuk diri sendiri. Impian mempunyai rumah sendiri apabila mendapat pekerjaan
menjadi seolah-olah tinggal angan-angan
sahaja. Bayangkan di sekitar Selangor, harga bagi sebuah rumah teres
satu tingkat sahaja mencecah RM300 000, dengan gaji fresh graduate sekitar RM1500 sahaja, tahun bilakah agaknya graduan
ini mampu merealisasikan impian mereka ?. Bagi Zahra, untuk membayar deposit
rumah sahaja mengambil masa kira-kira 6-7 tahun.
Itu mungkin bagi mereka yang telah bekerjaya
walaupun bukan dengan kerjaya impian mereka. Bagaimana pula dengan graduan yang
masih bergelut dengan masalah pengangguran meskipun telah bertahun-tahun
bergraduasi. Kebanyakan orang kita mudah sahaja menilai, graduan tak dapat
kerja disebabkan malas, terlalu memilih kerja, CGPA rendah dan sebagainya.
Hakikatnya hanya mereka yang ditimpa masalah ini sahaja yang tahu situasi
sebenar. Bagi golongan ini, impian memiliki kereta, gaji besar, hidup senang,
menampung perbelanjaan keluarga, hantar duit setiap bulan ke kapung, hantar mak
ayah buat umrah dan haji, apatah lagi memiliki rumah sendiri hanya tinggal
angan-angan. Belum lagi impian berumah tangga. Inilah bencana terbesar bagi
para graduan dan bakal-bakal graduan.
Zaman kini, gambaran kehidupan senang dan mewah bagi
lepasan IPT tidak lebih daripada sebuah mitos semata-mata. Mitos ini masih lagi
dipegang di kalangan anak-anak di bangku persekolahan. Mereka masih lagi
dimomokkan dengan kenyataan bahawa masa depan cerah apabila dapat melanjutkan
pelajaran ke menara gading. Jalan yang digembar-gemburkan ini cukup mudah ;
kutip seberapa banyak ‘A’ dalam SPM, masuk universiti, keluar universiti dapat
kerja gaji 4-5 angka, hidup senang, tamat. Happy
ending. Tett! tak semudah itu. Jalan yang gambarkan itu mungkin benar 20-30
tahun yang lalu. Ironinya, kebanyakan graduan yang mempunyai masalah ini adalah
anak-anak MELAYU.
Apa yang jelas, pemikiran konservatif anak-anak masa
kini menyebabkan mereka manaruh harapan yang melangit tinggi untuk belajar di
menara gading kerana telah terjanji
bulan dan bintang selepas bergelar graduan universiti. Maka mereka berpegang
pada mazhab yang menganggap universiti adalah kunci kepada sebuah kejayaan
dalam kehidupan. Mungkin sudah tiba masanya untuk menghentikan mitos ini daripada
pemikiran anak-anak di bangku sekolah. Anak-anak perlu didedahkan dengan realiti
kehidupan seorang graduan yang sebenar. Bukan tujuan untuk menakut-nakutkan atau
mematahkan semangat mereka belajar di menara gading, tetapi membentuk semangat
juang yang tinggi, daya saing dan pemikiran kritikal segaligus menggalakkan
mereka membina pelan tindakan sejak awal sekiranya masalah ini menjadi realiti bagi
mereka. Untuk tujuan itu, peranan guru, ibu bapa dan golongan intelektual muda
iaitu mahasiswa perlu digarap bersama. Melalui program-program motivasi yang
dianjurkan oleh mana-mana perkumpulan mahasiswa ini, pengisian terhadap perkara
ini perlu dititik beratkan.
Itu mungkin bagi anak-anak di bangku sekolah.
Bagaimana pula dengan mahasiswa yang 1-4 tahun lagi bergelar graduan. Di
sinilah pentingnya kesedaran dalam diri sama ada cakna atau pun tidak terhadap
masalah yang bakal dihadapi kelak. Satu-satunya jalan keluar yang terlalu mainstream disarankan adalah dengan
perniagaan. Ye memang betul. Dalam riwayat tarmizi, Rasulullah bersabda bahawa
9/10 rezeki itu datangnya daripada berniagaan. Ada baiknya juga subjek-subjek
yang berkenaan perniagaan ini didedahkan di peringka universiti. Namun perlu
diingatkan, teori yang diajar dalam kelas tidak selalunya betul dari segi
praktikal. Cabaran memulakan perniagaan itu bukan enteng, bukan semudah ABC
atau bukan semudah membuka botol kicap. Bukan mudah untuk para graduan untuk
memohon pinjaman daripada bank. Namun masih ada skim yang bertujuan membantu
graduan memulakan perniagaan seperti Tabung Usahawan Siswazah, (TUS). Tapi
perlu ingat, untuk mendapatkan pinjaman kewangan dari TUS perlu berumur
sekurang-kurangnya 40 tahun. Suatu yang perlu ditekankan di suatu sudut yang
lain, pinjaman dari bank tidak dapat lari daripada terlibat dengan riba’.
Namun selagi ada usaha dan semangat semuanya tidak
mustahil. Apa yang paling penting adalah kesedaran dari peringkat awal. Dari
kesedaran ini, graduan boleh membina perniagaan sendiri tanpa memerlukan
pinjaman bank walaupun dengan modal yang kecil melalui sikap berjiamt cermat
ketika masih menuntut di universiti. Bagi pemegang baisiswa JPA misalnya,
RM5000 yang di-bank in-kan bukanlah untuk
dihabiskan setiap semester. Kesedaran awal ini mendorong kesediaan mereka
menghadapi segala kemungkinan. Sekurang-kurangnya, mereka tidak terkejut
apabila keluar dari universiti disebabkan segalanya bercanggah dengan apa yang
difikirkan.
Begitulah realiti kehidupan hari ini. Golongan
lepasan IPT tercampak jauh ke suatu sudut yang begitu menekan. Tergambar di
fikiran mungkin golongan ini merupakan
golongan proletariat di zaman moden, hidup dalam kesengsaraan dengan upah yang
tidak setimpal. Sedangkan golongan inilah yang akan menggantikan kepimpinan
negara. Sebernarnya bukan upah yang
menjadi persoalan tapi kos sara hidup yang melambung menjadikan upah yang
diterima begitu halus. Mahasiswa perlu bingkas bangun dari mimpi indah dan
angan-angan. Bak kata Zahra, “belajar tinggi-tinggi, akhirnya mengemis juga”. Mungkin
kita juga terpalit sama.
-
Saya Azhar / Zahar bukan Zahra, saya sayang
Malaysia.
nice article bro..
ReplyDeletenice article bro..
ReplyDeleteSaya Najihah menyokong kenyataan saudara!
ReplyDelete