SOSIAL PEMUDA DAN SISTEM PENDIDIKAN
BISMILLAH..
Menulis dan bercakap memang lebih mudah daripada
bertindak. Tapi perlu ingat, sesuatu tindakan yang berkesan bermula daripada
cakap-cakap kosong, kemudian diterjemahkan oleh otak melalui proses2 tertentu
untuk menjadikan cakap-cakap kosong itu menjadi sebuah ‘idea’. Apa yang aku
hendak sampaikan dalam penulisan kali ini hanyalah sebuah cakap-cakap kosong
yang boleh dibakulsampahkan selagi mana otak mereka tidak boleh
menginterpretasikan idea aku ni.
Aku ingin semua melihat dan berfikir daripada
situasi dan senario yang berlaku dan membelenggu pemuda-pemuda kita hari ini.
Beberapa senario aku nak tunjuk adalah ;
1. Ketika
lepak
2. Ketika
masa lapang
Ok,
pertama, bila anda lepak minum-minum di café-café, kiosk, kedai kopi, kedai
mamak, dan mana-mana sahaja yang menjadi tempat tumpuan lepaking anak-anak muda. Apa yang aku nak tunjuk adalah bukan
masalah lepak sebagai fokus, tetapi masalah utama yang membusuk adalah, apa
yang dibincangkan / diborakan / disembangkan / dicarutkan dan sebagainya oleh
anak-anak muda ni.
Maka, apa yang aku dapat perhatikan topik utama
ketika anak-anak muda melepak adalah :
1. Pakwa
/ makwa / crush / skandal
2. Yang
perempuan syok bergosip
3. Sembang
kencang politik, kutuk pihak itu ini, walhal satu fakta pun tak tahu. Huhu
*opss
Yang kedua ketika masa lapang. Apa aktiviti yg
dilakukan ketika masa lapang ? ok kita kecikkan skop kita, apa jenis hiburan
yang kita pilih masa otak kita tak boleh berfikir. Acah-acah rehatkan minda la
kononnya. Maka beberapa hiburan yang menjadi pilihan kebanyakan anak muda ialah
:
1. Running
men
2. Karok,
lepak-lepak di mall,
3. Movie
omputeh *kadang-kadang aku pun
terjebak
Pernah tak terfikir kenapa kita terlalu memilih
jalan yang melalaikan. Bercakap perkara yang sia-sia, buat benda yang tak
berfaedah, pilih hiburan-hibura yang melalaikan. Walhal banyak benda lagi yang
boleh kita buat yang lebih berfaedah.
Contoh masa lepak. Daripada kita sembang pakwe makwe
crush bergosip dan benda-benda yang sewaktu dengannya, kan ke lebih molek kita brainstorm macam mana nak selesaikan
masalah umat, dengan keruntuhan sosial, akhlak, keruntuhan nilai dan norma
masyarakat, masalah pengangguran dan apa
sahaja yang berfaedah. At least kita jadikan masa lepak bersama rakan
sebagai medium bertukar pandangan, perkongsian idea, perdebatan ilmu dan
lain-lain.
Maka aku berpandangan bahawa golongan anak-anak muda
yang banyak menghabiskan masa dengan benda-benda yang aq sebut tadi sebagai
anak-anak muda yang tidak ada IDEALISME yang menjadi hamba HEDONISME.
So, siapa yang nak dipersalahkan ? Diri mereka
sendiri ? mungkin. Tapi pendapat aku, punca gejala ni adalah daripada SISTEM
PENDIDIKAN yang sangat rapuh dan lemah.
ZF Zamir dalam karyanya Sekolah Bukan Penjara, Universiti bukan Kilang mengatakan bahawa falsafah pendidikan seharusnya adalah’Memanusiakan
Manusia’. Namun adakah pendidikan negara kita berjaya mengeluarkan produk yang
benar-benar boleh dijenamakan sebagai ‘manusia’? Secara ringkasnya, aku melihat
bahawa pendidikan negara gagal menghasilkan manusia yang sempurna dari segi
pemikiran, kepimpinan, keteladanan, moral dan akhlak serta nilai-nilai
kerohanian yang seharusnya menjadi matlamat utama pendidikan.
Namun bukan mudah untuk perbetulkan kerapuhan sistem pendidikan yang begitu ketara ini. Kesan daripadanya cukup besar , Mempengaruhi pemikiran para pemimpin masa depan, mendorong masalah sosial. Perlu kita ingat bahawa masa depan 30-50 tahun lagi dicorakkan oleh anak muda kini, bukan pemimpin yang dah mencecah umur 60 tahun. Jadi apakah sistem pendidikan kita kini mampu melahirkan pemimpin yang mampu menggalas cabaran negara pada masa hadapan. Mungkin hanya segelintir sahaja, iaitu golongan-golongan yang sedar akan hakikat ini. Semoga kita tergolong sebagai golongan yang sedar.
Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment