Tuesday, 14 July 2015

BICARA BUDAK SASTERA

Anda pelajar aliran sastera ? Malu dengan saudara mara ? malas nak berjumpa dengan makcik-makcik kerana akan disoal siasat ? Jemu dengan soalan ; “nak kerja apa lepas grad ?” atau soalan, “besar ke gaji kerja kau nanti ?” atau sindiran pedas seperti; “Anak makcik yang belajar sains tu semua dah berjaya”. Sabar.. dan fahami sastera nescaya anda akan sayangi sastera .

Sistem pendidikan di Malaysia membahagikan golongan pelajar kepada dua kelompok sejak dari bangku sekolah lagi ; pelajar aliran sains dan aliran sastera. Situasi ini berlanjutan selepas mereka menyambung pengajian di IPT. Kesan yang ketara dapat dilihat apabila wujud perbezaan jumlah peluang pekerjaan di pasaran kerja bagi kedua-dua aliran. Peluang pekerjaan yang ditawarkan bagi pelajar aliran sastera dikatakan amat terhad kalau nak dibandingkan dengan peluang pekerjaan yang terhidang bagi pelajar aliran sains. Sama ada mahu atau tidak, inilah hakikat yang perlu ditelan oleh graduan aliran sastera. Situasi ini membentuk suatu dilema kepada pelajar-pelajar aliran sastera untuk memilih pekerjaan selepas bergraduasi. Persoalan yang bermain difikiran, mengapa berlaku hal sebegini ?

Kegagalan untuk memahami dan menghayati falsafah sastera itu sendiri meletakkan sistem pendidikan negara begitu rapuh. Sastera hadir dalam kehidupan manusia mendahului segala macam bentuk sains dan teknologi. Sastera itu lahir dari jiwa masyarakat dunia yang diterjemahkan dalam bentuk ortografi. Sastera bukanlah hanya tertakluk kepada puisi-puisi tradisional yang dihayati melalui keindahan penggunaan bahasanya, tetapi difahami dan diselami melalui setiap patah perkataan yang dikaji melalui disiplin semantik dan sintaksisnya. Apabila pemikiran manusia berkembang, mereka mula mengembangkan suatu disiplin ilmu yang baru yang dinamakan sebagai sains. Tidak boleh dinafikan bahawa sains cukup berguna untuk kehidupan umat manusia. Namun fungsi sastera bukanlah hanya sebagai rujukan bagi para pengkaji sejarah bahasa atau tersimpan dalam suatu ruang yang ‘tertutup’ yang memainkan peranan sebagai sebuah muzium apabila berkembangnya disiplin ilmu sains. Golongan elitis negara dalam birokrasi pendidikan gagal melihat bahawa seharusnya sains dan sastera itu perlu bergerak seiring dan kedua-duanya adalah bersifat Komplemen ; saling memerlukan.

Sedarkah kita bahawa kitab suci al-Quran itu sendiri merupakan sastera agung daripada pencipta kepada hambaNya. Bagaimana  fungsi al-Quran dalam kehidupan manusia ? pastinya semua boleh menjawab bahawa ianya melengkapi seluruh aspek kehidupan, termasuklah hal-hal berkaitan pemerintahan, ekonomi dan harta, undang-undang,  dan sebagainya. Atas prinsip ini, mengapa tidak kita angkat sastera itu menjadikan aspek penting dalam kehidupan manusia ?

Di Malayisa, pelajar aliran sastera diletakkan sebagai golongan kelas ketiga, iatu golongan bawahan berbanding pelajar aliran sains. Senario ini boleh dilihat apabila pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan ( kalau dulu selepas PMR ) akan dipaksa untuk mendiami kelas beraliran sastera. Sebaliknya pelajar yang mendapat keputusan yang agak cemerlang diletakkan di bawah aliran sains. Mereka biasanya tidak akan diberi peluang untuk menukar aliran atas alasan bahawa aliran Sains lebih susah maka sesuai untuk pelajar cemerlang sahaja. Tambah memburukkan lagi apabila pelajar yang dikatakan cemerlang yang mendapat aliran sains tidak dibenarkan untuk menukar ke aliran sastera. Senario ini berbeza dengan sistem pendidikan di barat. Pelajar bebas untuk memilih aliran mereka sendiri berdasarkan minat dan sifat ingin tahu. Maka lahirlah ramai pelajar yang mahir daripada semua bidang misalnya mahir ilmu sains dan muzik. Prinsip inilah yang seharusnya diamalkan di Malaysia, iaitu memenuhi minat dan sifat ingin tahu seseorang individu, bukan secara paksaan.

Walaupun Malaysia telah banyak menumpuh kejayaan; membina banyak menara pencakar langit, menganjurkan perlumbaan F1, menghantar angkasawan ke ISS,  namun hakikatnya isu gelandangan, isu pengangguran, isu sikap masyarakat yang suka membuang sampah merata masih lagi tak dapat diselesaikan. Mengapa kita dikatakan maju dalam bidang sains dan teknologi tetapi begitu mundur dalam hal-hal sosial masyarakat. Golongan elitis ini perlu sedar bahawa untuk menangani segala macam masalah sosial ini, sastera adalah kuncinya, bukan lagi sains. Begitu juga dalam pasaran kerja, kita maju dalam ilmu perniagaan, perubatan, reka cipta, pembinaan dan sebagainya, tetapi adakah kita sudah cukup maju berkenaan sikap ; komitmen terhadap kerja, tanggungjawab, jati diri bangsa, semangat, spitual dan sebagainya ? disinilah peranan yang perlu dimainkan oleh orang-orang sastera ! Seharusnya di setiap company termasuk swasta perlu disediakan sekurang-kurangnya satu department untuk orang sastera.                                                 

Inilah penyakit di Malaysia. Senario yang berlaku dalam pasaran kerja bermula daripada manhaj yang diamalkan dalam pendidikan. Masalah yang berlaku dalam pasaran kerja semakin membarah kerana telah terakar umbi sejak awal lagi. Apa yang perlu difahami ialah, Sastera kita telah dibunuh di negara ini !


-Salam sayang daripada budak sastera <3

11 comments:

  1. Sebenarnya saya budak sains Dari awl lagi nk ambik sastera.Salahke kita nk martabatkn bahasa ibunda kita? Masyarakat selalu pandang serong!Tak kenal,maka tak cinta!Blog ni mmg memberi motivasi kepada saya ,terima kasih!😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungnya awak. tadi saya baru dpt keputusan pt3. saya hny dpt 3A. saya rasa mmng sy akan dipaksa masuk ke aliran sastera walaupun sy nak aliran sains.. ntahla

      Delete
    2. saya mmng nak masuk sains tulen. tpi mungkin usaha sy yg mmng x mencukupi

      Delete
    3. Samalah ngan situation sayee nihh ingat nk tukaq ambik sastera plus arab.. Agak ii boleh buat law x atau pon masuk upsi?

      Delete
  2. Assalamualaikum Saya sokong penulis kebanyakannya orang sastera mengunakan kretiviti dan seni, orang ramai perlu faham sastera dulu baru ade sains,teknologi,perniagaan,kepimpinan dan lain-lain.Mengikut pengetahuan saya orang sastera boleh jadi apa sahaja yang mereka suka kebanyakkan orang sastera juga boleh bertutur banyak bahasa..

    ReplyDelete
  3. Salam , mau nanya klau pelajar² aliran sastera kan , nnti gedek/kerja boleh kerja ap sih ? Kerja ap yg lumayan bg aliran sastera ?

    ReplyDelete
  4. Salam , mau nanya klau pelajar² aliran sastera kan , nnti gedek/kerja boleh kerja ap sih ? Kerja ap yg lumayan bg aliran sastera ?

    ReplyDelete
  5. Wey deep la . Ye memamg tak nafikan lagi. Kita pandai macam mana sekali pun , kalau akhlak tak elok pun tak guna. Sastera didik kita menjadi manusia. Orang pandang rendah sbb mereka tak tahu nilai dlm sastera tu .

    ReplyDelete
  6. Boleh ke aliran sastera jadi angkasawan

    ReplyDelete
  7. Pelajar aliran sastera tidak boleh menjadi angkasawan dgn gred S48 gaji RM5,800 tetapi sangat berpeluang menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Sains dan Teknologi pada gred M54 atau Turus 1 dengan gaji RM22,800.....dan mengetuai team angkasawan2....orang sains x berkebolehan mentadbir...nampak tak di situ.

    ReplyDelete