MELAWAN ARUS KELAZIMAN
Lumrah jiwa seorang pemuda untuk
memberontak, tapi jiwa memberontak adalah suatu yang baik andai matlamat kearah
kebaikan dan cara yang tidak melampaui batas. Kadang kala diri tak dapat
menahan kemunafikan di depan mata lantas cuba mencari solusi yang terbaik untuk
menggantikannya. Namun perlu diakui juga bahwa kadang-kadang tindakan kita
terbatas dek kerana amalan tradisi yang diangkat julang tinggi, apatah lagi
mereka menganggap diri mereka lebih berpengalaman maka diri seolah-olah kerdil
dan pastinya mematikan langkah.
Amalan tradisi yang diangkat tinggi dan hujah longlai
yang dikeluarkan oleh mereka-mereka diatas membuatkan diri dan sahabat
seperjuangan disebelah tergelak kecil. Bagaimana mungkin hendak mencapai keputusan
yang baik andai kaedah yang sama digunakan. Maka terpasaklah dalam diri bahawa
kaedah ini, perlu segera DIHENTIKAN !
Memudahkan Urusan yang Susah
Bila melihat orang yang menggelar diri
mereka ‘lebih berpengalaman’, agak kelakar bila mereka berlainan pandangan
sedangkan orang dibawah yang dianggap tidak tahu apa-apa ini perlu merujuk pada
mereka. Lantas, perlu merujuk pada pihak yang mana ? Nah, solusinya yang saya
cadangkan adalah rujuklah pada mereka yang cenderung untuk memudahkan urusan
orang lain, bukan mengikuti amalan kelaziman, apatah lagi kelaziman tersebut menyusahkan
dan kearah penipuan. Disinilah fungsi kita untuk melawan kelaziman tersebut .
Pengalaman dan kebenaran
Ye, anda yang diatas berpengalaman, tapi
pengalaman anda tidak menjamin setiap tindakan itu betul. Saya meraikan
pandangan yang berbeza, tapi bukan pandangan yang memaksa. Soalan diajukan
kepada kami “apa yang korang faham selama tiga hari ni ?” ( soalan bersifat
menyerang ). Jawapan dari hati, tapi tak cukup kuat untuk luahkan, “ bagaimana
untuk faham melakukan sesuatu yang salah dan menyusahkan secara paksaan”. Hanya
hati mampu berkata, tak terluah dengan perkataan lagi. Masih menunggu
puncaknya, letusan kemarahan.
Tak tahu la sama
ada sahabat-sahabat diatas bahtera yang sama mampu melihat perkara ini atau
tidak, atau apakah tidak mahu berfikir langsung. Mungkin mereka dah hadam, “
terima dulu… ”. tapi aku masih ragu-ragu.
Biarlah hanya
diri yang celik hatinya yang faham .