Friday, 26 June 2015




END OF THE FIRST YEAR ~


BISMILLAH .


Alhamdulillah, tamat sudah pengajian tahun pertama di bumi UKM. masih berbaki 2 tahun lagi pengajian. macam2 telah kupelajari walaupun hanya dalam tempoh satu tahun. belajar membina diri dan erti kehidupan yang sebenar. Belajar melihat ke luar jendela dunia sebenar, hanya melihat belum keluar. Walaupun hanya memandang, sungguh banyak yang hamba dapat. hasilnya diri ku berbeza dengan sebelumnya..


Alhamdulillah..


Tamat tahun pertama, lihat semula apa pencapaianku. dan aku rasa kita semua perlu lihat pada diri masing2, apa yang telah dicapai ? bukan aku sahaja. lihat semula apa perubahan yang telah kita buat, sama ada pada diri sendiri atau pada smthing yg kita rasa perlu diubah. apa tindakan kita untuk mengubahnya atau mencapainya. atau, adakah wujud niat atau kemahuan untuk mengubah sesuatu. ataupun kita hanya x ambil 'port' bila kita nampak smthing yang buruk.


Ubah. 


kenapa aku suka sangat sebut tentang ' ubah ' ? Kerana itulah matlamatku bila aku melihat pada sesuatu perkumpulan manusia yang aku sendiri telah sertainya. Perkumpulan manusia yang sangat elok dan berguna kepada masyarakat, ada matlamat perjuangan yang jelas, menjadi organisasi penting di bumi UKM, berprinsip, tegas, ahlinya yang lengkap dengan pakej ilmu didada, dan banyak lagi yang menunjukkan kesempurnaannya. Kesempurnaan dari sudut pandangan manusia sahaja aku kira.,


Hakikatnya,


banyak yang perlu diubah untuk mencapai kesempurnaan dari sudut pandangan manusia atau PenciptaNya . Maka, ada 3 perkara yang aku kira perlu diubah, IAITU.


1. KAEDAH / METHOD / CARA DIDIKAN

2. PRINSIP PERJUANGAN 
3. BUDAYA PEMIKIRAN AHLI


apa-apapun, seburuk mana tidak akan aku tinggalkan mereka kerana bersama mereka mampu mengajar aku erti cabaran kehidupan dan kekeluargaan meskipun tanpa ikatan. DIsinilah aku membina diri, mereformasikan pemikiran, mengubah pandangan kehidupan, mengajar erti kepimpinan. aku yakin, kalian semua insan yang luar biasa. Tamat tahun pertama, semoga tahun-tahun mendatang kita tetap bersama, menempuhi cabaran, dan memenuhi agenda kita bersama. Alhamdulillah, moga Allah redha.